Bilik tidur anda nampak suram dan boring ?
Apa yang boleh dilakukan sementara mengumpul bajet adalah upgrade suasana dalam bilik tidur. Kini terdapat pelbagai aksesori bilik tidur menarik yang tidak begitu mahal dan boleh anda manfaatkan.
Paling penting tau nak susun atur macam mana bagi nampak kemas dan kena dengan tema, barulah mood bahagia tu datang. Lagipon korang dah penat-penat kerja balik rumah tempat yang korang paling nak duduk adalah dalam bilik tidur.

- TUKAR KEDUDUKAN KATIL
Ini sesuai bagi mereka yang punya ruang luas. Tidak semestinya katil perlu disandarkan pada dinding. Letakkan katil pada sudut berlainan atau bertentangan dengan kedudukan asal.

2.GUNA HIASAN FABRIK
Jika dinding bilik kosong, serikan dengan menggantung hiasan dinding dengan bahan sedia ada seperti kain langsir yang lembut, shawl atau tapestries di satu sudut. Biasanya tapestries ini mempunyai latar belakang dengan rekaan motif yang berwarna-warni lagi meriah. Anda juga boleh menambahkan lampu kepadanya dan memberi efek sangat istimewa! Ini akan mengindahkan lagi bilik tidur yang suram.

3.GUNA CADAR DAN SARUNG BANTAL YANG CERIA
Elak guna cadar yang kosong atau tanpa corak kerana ia boleh membuatkan bilik tidur nampak membosankan. Jika ingin hidupkan suasana dalam bilik tidur, elok guna cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik.

4. TAMBAHKAN WARNA
Kertas hadiah, kertas dinding atau wall sticker boleh digunakan untuk menceriakan bilik tidur yang kosong. Tidak semestinya dilekatkan pada dinding, jadi kreatif dengan menggunakan bahan-bahan ini pada pintu, rak mahupun almari. Hasilnya, pasti memukau.

5. LETAK POKOK HIASAN
Pokok kaktus ataupon pokok yang bersaiz kecil misalnya mempunyai pelbagai bentuk yang menarik . Susun cantik-cantik dalam bilik dan ia mampu merubah suasana dalam bilik.

Okay itu saja nak share dengan korang. Kadang-kadang dengan menambah atau menukar 1-2 barang saja sudah mencukupi untuk menaikkan suasana baru dalam bilik tidur yang selama ini boring dan kurang berseri.