Loading...

PENYEBAB UTAMA RUANG TAMU ANDA KURANG MENARIK!

Siapa yang tak impikan rumah yang cantik. Betul tak?

Apatah lagi ruang tamu yang dapat memukau semua tetamu yang datang. Mendeko ruang tamu merupakan perkara penting untuk kita lakukan bagi memastikan ruang tamu rumah sentiasa kemas, bersih dan sedap mata memandang.

Tapi uolls tahu tak,kalau kita tersilap cara,ia akan mebuatkan ruang tamu terus kelihatan tidak menarik.Jadi untuk blog kali ini saya akan kongsikan beberapa sebab yang membolehkan ruang tamu rumah seseorang kelihatan tidak menarik.

1.Pemilihan Sofa Yang Salah

Keselesaan sofa merupakan salah satu kunci bagi mendapatkan ruang tamu yang sempurna. Permilihan dari segi ketinggian, saiz dan material sofa perlulah seiring dan bersepadanan dengan ruang yang ada.

Bagi mengelakkan pemilihan sofa yang salah, beli sesuatu yang nampak mudah. Jauhi sofa terlalu mempunyai fesyen yang keterlaluan kerana sofa sebegini sukar untuk digayakan dan perlu selalu diganti.

2.Kehadiran televisyen

Menghiasi ruang tamu dengan kehadiran tv adalah tidak wajib jika tiada keperluan. Bagi menggantikan kekosongan ruang yang ada, anda boleh meletakkan perabot seperti rak dinding.

3.Susunan Perabot Yang Tidak Sesuai

Apabila uolls rasa sofa yang ditolak rapat ke dinding menghadap tv akan nampak menarik, ketahuilah ia tidak semudah yang disangka. Penting untuk pertimbangkan dan membuat perbincangan menyeluruh lebih-lebih lagi jika ruang anda terhad dan sempit

4.Membeli Karpet Yang Terlalu Kecil

Perkara yang nampak mudah tetapi sebenarnya memberikan impak yang besar.Permilihan karpet perlulah dilihat dari segi saiz ruang tamu dan jauhi karpet saiz kecil jika ruang tamu rumah anda besar.

5.Lukisan Dinding

Kehadiran lukisan dapat memberikan kesan yang moden tapi jika diletakkan pada ketinggian yang tidak sesuai, ia membuatkan tetamu fikir anda tidak kisah tentang penampilan ruang.

Jadi gantungkan beberapa lukisan dinding yang sesuai di kediaman anda mengikut ketinggian dan di tempat yang betul.

Bagaimana uolls rasa selepas membaca beberapa menyebab yang membuatkan ruang tamu tidak menarik.Menarik kan?

Ingat tau,ruang tamu sangat cantik jika uolls pandai susun atur, cari barang yang bagus dan matchingkan warnanya.Selamat mencuba!