
Bila ada anak kecil yang suka sangat bermain mesti kita pun pening. Sebab apa? Habis satu rumah bersepah dek mainan mereka. Ibu bapa mesti pening melihat nya kan? Susah betul nak kekalkan rumah tu kemas dalam masa sehari tu…. Haisshhh. Tapi tidak mengapa, kami ada tips untuk memastikan rumah anda kemas bila ada anak-anak kecil ini
Semasa kita buat kerja lain, biarkan anak-anak menikmati waktu bermain mereka dengan sepuas puasnya tanpa halangan daripada ibu bapa. Selepas itu, asuh mereka untuk mengemas semula mainan-mainan mereka dengan meletakkan barang ditempat asalnya. Kita pun harus melihat mereka menyusun atur barang barang mainan tersebut .

Ibu bapa perlu konsisten dan sabar dalam mendidik anak untuk mengemas barang permainan mereka selepas mereka sudah puas bermain ataupun sudah habis waktu bermain. Ini kerana, anak- anak kecil masih belum boleh memahami dengan jelas arahan ibu bapa. Oleh itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada mereka sehingga mereka sudah boleh mengemas alat mainan mereka sendiri.

Ada bagusnya juga ibu bapa menyediakan ruang bermain untuk anak-anak. Ini kerana kita tidak mahu mereka menyepahkan ruang tamu dan ruang ruang lain yang boleh menggangu pergerakan kita dan juga membahayakan keselamatan orang lain. Jadi ibu bapa perlu menyediakan satu ruang khas untuk mereka bermain. Ibu bapa juga seharusnya mendisiplinkan mereka untuk mengemas dahulu ruang itu sebelum tidur pada setiap hari.

Untuk anak-anak kecil yang suka bermain dengan aksesori-aksesori dalam rumah, ibu bapa perlu melarang dan menasihati mereka dengan nada yang baik. Jangan sesekali gunakan nada yang tinggi kerana mereka masih kecil untuk memahami arahan tersebut. Maka terus berbuat demikian sehingga mereka faham dan tidak akan mengulanginya lagi.

Sementara untuk anak-anak membiasakan diri mengemas permainan mereka dengan baik, ibu bapa seharusnya memastikan rumah betul-betul kemas dan barang diletakkan pada tempat asalnya. Ibu bapa perlu rajin didik anak setiap hari mengemas barang mainan mereka.

Saya percaya, kebanyakkan ibu bapa diluar sana sibuk dengan kerjaya masing masing sehingga tiada masa bersama anak-anak dan juga tiada masa untuk mengemas rumah, boleh cuba menggunakan khidmat pembantu yang dibayar mengikut jam. Apa yang penting, jangan bertanggung dalam bab menjaga kekemasan rumah kerana jika tidak, lama kelamaan rumah akan menjadi lebih bersepah dan memeningkan kita.
Kesimpulannya, banyak tips dan juga cara untuk kita mendidik anak kita dan juga memastikan rumah kita sentiasa kemas walaupun ada anak kecil. Pentingnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak supaya belajar untuk mengemas barang mainan mereka sendiri.