Loading...

TIPS DAN IDEA RUANG TAMU UNTUK PEMINAT WARNA UNGU

Jika anda salah seorang peminat warna ungu, kandungan ini sesuai untuk anda. Ruang tamu warna ungu agak jarang kita lihat. Nmaun di sebalik warna ungu sebenarnya anda secara tidak langsung menjadikan ruang tamu anda semiliki aura romantis, lembut dan ceria. Selain itu, ruang tamu ungu juga mampu menampilkan suasana moden dan bergaya jika digabungkan dengan pemilihan perabot yang tepat dan sesuai.

RUANG TAMU UNGU SEBAGAI INSPIRASI

Ungu adalah hue antara warna biru dan merah serta beberapa variasi warna violet. Sama ada ungu atau violet, warna ini cukup untuk memberi inspirasi kepada anda. Untuk itu, dalam ruangan hiasan dalaman ruang tamu kali ini kami tampilkan kepada anda beberapa idea ruang tamu warna ungu sebagai panduan untuk anda. Idea – idea ini bukan sahaja memberikan inspirasi kepada kami, tetapi telah mencuri minat kami kerana kecantikan warna yg sentiasa segar, ceria & juga membawa mood positif apabila digabungkan dengan dekorasi yang tepat. Cuba lihat beberapa ruang tamu ungu ini dan kongsikan pendapat anda dengan kami.

DEKORASI RUNAG TAMU UNGU TIDAK TERHAD PADA DINDING

Hiasan dalaman ruang tamu menggunakan warna ungu tidak terhad hanya pada warna cat dinding. Anda juga boleh menggunakan perabot ungu seperti set sofa, kusyen kerusiatau aksesori lain. Istilah yang selalu digunakan ialah menggunakan “pop warna”. Contoh, anda boleh lihat gambar di bawah : dengan sedikit warna ungu pada sofa menjadikan ruang lebih menyerlah.

Agak – agak siapa yang tidak terpegun dengan dekorasi ruang tamu ungu ini? Warna yang digunakan cukup seimbang dengan konsep ungu yang agak ringkas tetapi sangat menarik. Cuba bayangkan kalau ini adalah ruang kegemaran untuk bersantai sambil duduk berbual dengan keluarga.

Dinding gelap dan set sofa ungu ini di imbangi dengan karpet berwarna putih yang menjadikan ruang nampak lebih bergaya. Rak buku yang diperbuat daripada kayu pula mengambil bahagian dia tengah susunan sofa. Susunan yg sangat teratur, cuba bayangkan tetamu yg datang sedang menunggu dengan mudah mencapai buku yg tersusun di atas rak. Hiasan dalaman yg menwarkan fungsi yg tepat dan menjimatkan ruang.

Apa pendapat anda? Menarik kan? Jadi jom kite ubah ruang tamu kite dan jadikan ruang tamu yg anda impikan.. Goodluck uolss..