Loading...

CARA HIAS BILIK TIDUR YANG SIMPLE TAPI AMAZING !

“Dulu sebelum pindah rumah baru, aku dah plan nak buat dekorasi macam-macam, lagi-lagi dalam bilik tidur sendiri dengan anak-anak. Tapi bila dah pindah, satu plan pun tak menjadi. Sebab duit dah banyak guna untuk setelkan hal rumah. Nak deko pun bukan boleh buat sebarangan, semuanya perlu duit. Apa cara hias bilik tidur tanpa guna duit yang banyak ya? ‘Kosong’ betul bilik aku ni”

Bilik tidur nampak suram dan boring? Tak sempat untuk membuat hiasan dalaman di bilik tidur?

Tak semestinya anda perlu membuat hiasan dalaman yang serba cantik dalam bilik tidur.

Apa yang boleh dilakukan sementara mengumpul bajet adalah upgrade suasana dalam bilik tidur. Kini terdapat pelbagai aksesori bilik tidur menarik yang tidak begitu mahal dan boleh anda manfaatkan.

Sesekali cuba guna cara hias bilik tidur yang mudah ini. Mesti nampak cantik walaupun jimat.

Jom kite tengok beberapa idea untuk hias bilik tidur kite nampak simple tapi memang awesome.

1. TUKAR KEDUDUKAN KATIL

Ini sesuai bagi mereka yang punya ruang luas. Tidak semestinya katil perlu disandarkan pada dinding.

Letakkan katil pada sudut berlainan atau bertentangan dengan kedudukan asal.

2. TUKAR FRAME ATAU SUSUNAN GAMBAR

Bagi yang kreatif, bolehlah mencuba menukar frame gambar sedia ada kepada sesuatu yang up-to-date.

Selain itu, boleh juga menukar susunan gambar agar ada kelainan dalam suasana bilik tidur.

3. GUNA HIASAN FABRIK

Jika dinding bilik kosong, serikan dengan menggantung hiasan dinding dengan bahan sedia ada seperti kain langsir yang lembut, shawl atau tapestries di satu sudut.

Biasanya tapestries ini mempunyai latar belakang dengan rekaan motif yang berwarna-warni lagi meriah. Anda juga boleh menambahkan lampu kepadanya dan memberi efek sangat istimewa!

Ini akan mengindahkan lagi bilik tidur yang suram.

4. GUNA CADAR DAN SARUNG BANTAL YANG CERIA

Elak guna cadar yang kosong atau tanpa corak kerana ia boleh membuatkan bilik tidur nampak membosankan.

Jika ingin hidupkan suasana dalam bilik tidur, elok guna cadar yang berwarna ceria dengan motif rekaan yang menarik.

5. GUNAKAN MOTIF ABSTRAK

Sedikit motif abstrak dapat membantu memberi penampilan yang ‘segar’ dan ‘mewah’.

Untuk memudahkan ianya dipadankan dengan perabot atau cat bilik anda, pilih warna neutral seperti kelabu, coklat, hitam, atau putih.

TIDAK SEMESTINYA KENA ‘MAKE OVER’ SATU BILIK

Kadang-kadang dengan menambah atau menukar 1-2 barang saja sudah mencukupi dalam menaikkan suasana baru dalam bilik tidur yang selama ini ‘boring’ dan kurang berseri.

Apapun, pastikan bilik tidur sentiasa dalam keadaan kemas dan rapi kerana secantik mana bilik tidur pun jika bersepah dan tidak terurus, boleh merosakkan suasana di dalamnya. Goodluck ualls !