Loading...

HIAS DINDING ANDA DENGAN BARANG “RARE”

Selain menghias dinding rumah dengan menggunakan poster atau bingkai gambar, ada juga cara lain untuk mengindahkan nya dengan hanya menggunakan pinggan yang bercorak unik dan mempunyai karakternya tersendiri.

TAPIII….bukan gantung macam tu je tau. Ada teknik untuk menggantungnya supaya pinggan nampak cantik dan kemas terletak di dinding. Tetapi, pinggan tak ada tempat untuk gantung atau pemegangnya seperti bingkai gambar biasa. Anda rasa apa yang perlu anda buat ??

Terdapat beberapa cara sebelum menggantung pinggan pada dinding supaya pinggan tu selamat dah tidak mudah jatuh. Teruskan membaca tau !

  1. Tetapkan konsep

Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah tetapkan konsep yang bersesuaian dengan deko kediaman anda. ini adalah garis panduan untuk anda menentukan reka bentuk dan susunan pinggan yang anda mahukan. Baru lah nampak cun and kemas.

  • Kumpulkan semua pinggan

Bila kita tahu berapa banyak pinggan yang terkumpul dan kuantiti mencukupi, baru la kita boleh merancang cara nak hias dinding dengan pinggan tersebut.

  • Kenalpasti susunan yang bersesuaian

Pastikan saiz dinding yang kita akan gantungkan pinggan tu dengan sebetul betulnya. Bila dah dapat saiz, cuba susun di lantai terlebih dahulu subapa kita dapat bayangan macam mana akan jadi bila di dinding nanti.

Ataupun gunakan kertas dan buat bentuk bulat. Lekatkan di dinding sebagai bingkas untuk memudahkan kita menyusun. Cuba la seberapa banyak kali anda ubah suai bentuk susunan sehingga anda mendapat susunan pinggan yang anda suka.

  • Tekapkan size pinggan pada kertas

Dah dapat susunan pinggan yang berkenan, tekap setiap pinggan pada kertas dan gunting. Ia nya bertujuan untuk melihat sama ada susunan di dinding berpadanan mahupun tidak. Di samping itu, ia dapat juga memudahkan tugas-tugas anda untuk menebuk lubang paku atau skru sebagai tempat penggantung. Lekatkan potongan kertas tadi pada dinding dengan pita pelekat.

  • Kenal pasti kaedah menggantung pinggan pada dinding

Banyak tau alat yang sesuai yang boleh digunakan untuk menggantung pinggan ke dinding. Namun ada juga kebaikan dan keburukannya yang tersendiri.

Sis nak share jenis jenis pemegang pinggan untuk digantung pada dinding.

AJDUSTABLE PLATE HANGER

Ramai yang memilih adjustable plate hanger kerana ia sesuai untuk semua bentuk saiz pinggan. Ia nya juga mudah ditanggalkan jika anda ingin menggunakan pinggan yang telah digantung kelak.

Sis harap tips yang sis bagi ni membantu uolls yang takde idea nak letak apa kat dinding. Takkan nak biarkan dinding kosong je kan ?? musim pkp ni kalau deco deco rumah best tau. Hehehe.

Terima kasih sebab sudi baca!