Loading...

TRENDING NYA WARNA PASTEL ZAMAN SEKARANG!

Warna pastel sekarang dah jadi trend kat Malaysia tau kerana warnanya ini mampu menjadikan suasana yang tenang dan nyaman kepada sesebuah ruang. Warna nya juga sagat lembut dan sejuk mata memandang pastinya memikat hati penghuni rumah ataupun tetamu yang datang. Tetapi harus dititikberatkan bahawa penggunaan warna pastel haruslah diolah dengan teliti untuk mengelakkan ruang nampak hambar dan tidak menarik.Konsep LESS IS MORE

Sebagai pengenalan kepada warna yang akan dibincangkan dalam topic kali ini iaitu warna pastel. Ianya merupakan gabungan antara sesuatu warna dengan warna putih. Warna yang terhasil akan menjadi lebih lembut dri warna asalnya.

Satu kelebihan yang ada pada warna pastel ialah, ia sesuai untuk pelbagai jenis konsep hiasan sama ada moden atau kontemporari sehingga minimalis. Warna ini mampu dipadankan dengan tema tetapi anda kena berhati hati untuk tidak mencacatkan ruang. Jangan terlalu padat dengan perabot atau aksesori hiasan.

Ingat konsep anda. LESS IS MORE !

Warna pastel merupakan warna yang sangat cantik dan disebabkan ini pemilihan warna pastel menjadikan ianya pilihan yang sangat ideal untuk ruang tamu dengan tema ruang yang moden dan berkonsepkan minimalis.

Ruang yang menggunakan warna pastel menampakkan ruang tersebut lebih luas dan lebih harmoni. Ruang kelihatan cantik dan eksklusif dengan menggunakan warna terang. Dihiasi pula dengan kabinet yang berwarna putih pasti menampakkan ruang tersebut lebih menawan.

Warna ini juga menyerlahkan lagi personality anda. takkan jemu mata memandang. Macam best je kan warna pastel ni. Jom tengok apa yang bestnya

  • MOOD

Warna dinding memang sangat mempengaruhi mood seharian kita ya. Sebab tu la kena pandai pilih warna pastel yang bersesuaian dan cantik. Masuk rumah je mesti kita rasa senang hati sebab kemas dan lapang je. Mesti tenang dan tak serabut bila balik rumah. Itu sebab nya warna pastel memainkan peranan penting dalam rumah kita kerana kesan nya yang sangat mendamaikan dan orang pun suka datang.

  • KELUASAN

Pemilihan warna pastel adalah satu kelebihan kerana membuatkan ruang nampak lebih luas dan lapang. Anda juga tak kusut untuk memandang setiap ruang di dalam rumah.

  • ROMANTIK DAN FEMININ

Walaupun warna pastel menampakkan seperti “girlish” tambah pula hiasan floral dan natural. Warna lembut mewujudkan kesan romantic dalam ruang rumah anda. Kita pun nampak sejuk je tapi untuk mewujudkan suasana yang lebih menarik bolehlah hiaskan dengan corak geometri atau apa apa hiasan yang menarik.