
Bosan dengan dekorasi dan hiasan ruang tamu yang lama? Sudah lama tak menyusun ruang tamu dengan susun atur yang baru dan lebih kemas?
Kali ini, biar kami bantu anda dengan senarai tips hiasan ruang tamu supaya nampak MODEN, CANTIK dan ELEGAN.
- Pilih mood yang sesuai dengan warna pilihan anda

Warna yang anda pilih akan memberi kesan kepada emosi dan mood anda dan keluarga di ruang tamu. Warna boleh memberi tenaga atau menenangkan minda.
Sebagai contoh, warna biru muda dan putih menjadikan ruang tamu nampak lebih luas dan rasa lebih tenang dan menyejukkan. Pastikan ada keseimbangan dalam pilihan warna anda.
- Pilih Hiasan Lantai Yang Selesa

Bagi memastikan ruang tamu anda satu ruang yang dapat berfungsi dengan baik, anda perlu pastikan lantai anda selesa untuk dipijak dan nampak cantik.
Pilihan seperti permaidani, tikar atau pun karpet mestilah nampak semulajadi dan membangkitkan nilai ketenangan dan estetik pada ruang tamu anda.
- Hias Ruangan Tingkap

Di Malaysia kita lebih cenderung untuk menutup ruangan tingkap atau pintu bagi memelihara aurat dan rahsia keluarga kita.
Jadi, pilihlah langsir yang sesuai dengan design, tidak terlalu tebal dan nampak elegan. Paling penting pastikan ada cara atau mekanisma bagi langsir tersebut tidak menghalang 100% pencahayaan dari masuk ke dalam ruang tamu.
- Bagi Perhatian Kepada Pencahayaan

Sekiranya ruang tamu anda menerima cahaya matahari dengan banyak, anda mungkin boleh kurangkan lampu.
- Design Titik Fokus

Titik fokus ialah kawasan di mana apabila anda masuk sahaja ke ruang tamu, ruang itu akan menjadi fokus mata anda. Anda boleh mulakan dengan memilih frame gambar yang besar atau sofa yang menyerlah warnanya berbanding perabot-perabot lain di ruang tamu.
Macam mana tips yang kami bagi ? Menarik kan ? Menghias rumah memerlukan sedikit kesungguhan dan minat, anda dapat mengubah rumah anda menjadi rumah idaman. SELAMAT MENGHIAS !