Tak kisah apa jenis rumah sekali pun, mesti rak/almari rumah kita menjadi satu keutamaan yang harus kita fikirkan supaya rumah nampak cantik. Paling trending pada zaman kini adalah tempat untuk menyimpan baju. Apa solusi nya? Rak . ye rak tau uolls. Tapi jangan pilih rak yang sembarangan ya. Pilih rak yang unik supaya rumah kita nampak lebih kemas dan sesuai dengan tema rumah. Untuk letak koleksi pinggan mangkuk, gambar atau pokok pun kita harus memilih rak yang bersesuaian tau.
Pemilihan rak yang bagus mewujudkan suasana rumah yang cantik, moden dan eksklusif. Dapur dan ruang tamu adalah tempat yang kita harus menitikberatkan dalam pemilihan rak yang baik kerana ia sangat mempengaruhi suasana rumah kita.
Ini merupakan contoh rak yang sangat sesuai dipasang di dapur. Nampak simple dan kemas. Memudahkan kita meletakkan bahan bahan dapur kita di dalam rak tersebut. Tambahan juga dapat membuatkan dapur kelihatan luas.
Selain itu, bilik laundry kita pun kita boleh letak rak tau. Nak letak sabun dan pelembut mesti memerlukan rak, betul tak? Supaya selamat terutama rumah yang ada anak kecil tu. Tidak selamat ya kalau kita letakkan barang sabun di lantai.
Walaupun rak untuk tumbuhan bukan lah sesuatu yang baru pada zaman kini tetapi menambahkan koleksi rak untuk tumbuhan anda di dalam rumah membuatkan rumah anda lebih cantik dan ceria. Banyak pokok yang boleh kita letakkan di dalam rumah tau.
Siapa ada office kat rumah? Haa penting tau gunakan rak ni dekat ruangan office tu. Boleh letak semua file file dekat rak. Takde la bersepah nanti meja office kita. Betul tak ? mesti tersusun rapi file file tu dekat rak.
Anda ada beli lukisan untuk ruang rumah anda? tapi tanak gantung di dinding? Boleh je letak dekat rak. Merupakan trending zaman sekarang tau. Mesti bilik nampak style terus!
Macam mana? Jom pasang rak kat rumah uolls tu. Nanti rumah nampak kemas je tau!







