Mesti senang hati kalau balik dari kerja atau luar bila masuk sahaja ke ruang rumah, terhidu bau harum pasti akan membuatkan hati berasa tenang dan gembira.
Tapi kebanyakan pewangi rumah yang berada di pasaran tidak tahan lama & kalau adapun pewangi automatik,itu pun sudah pasti bila sentiasa guna akan cepat habis. Adakah terdapat cara lain untuk mengekalkan wangian dalam rumah.
Salah seorang pengguna facebook(Nik Zainah Muhammad) telah berkongsi rahsia cara-cara untuk kekalkan lebih lama bau wangi di dalam rumah dan yang penting semua bahan yang digunakan amat mudah kerana semua boleh didapati di rumah.
- Hilangkan habuk di perabot
Dengan menggunakan 1 penutup pelembut fabrik dicampur dengan 10 cawan air, dibancuh sebati, kemudian lapkan di semua perabot yang ada dirumah.
Dengan cara ini, habuk tidak mudah melekat di perabot,malah akan membuatkan rumah berbau harum.
2. DIY wangian rumah
Ambil 1 penutup pelembut fabrik dan campur dengan sedikit cuka. Setelah itu,ambil sebatian campuran tersebut dan semburkan di langsir atau jadikan sebagai “reed diffuser”di satu sudut di kawasan rumah.
Haruman yang wangi akan tersebar dan membuatkan udara di rumah menjadi bersih.
3. Bilik air menjadi segar
Sediakan 1 sudu teh cuka, 1 sudu teh soda bikarbonat dan dicampur sekali dengan 1 cawan air.Kemudian semburkan keseluruh bilik air setiap hari.
Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan wangi.
4. Kilatkan lantai rumah
Akhir sekali memastikan lantai sentiasa berkilat dengan tip ini,iaitu 1 penutup pencuci lantai,cuka dan campur kesemuanya beserta dengan air panas.
Pastikan lantai disapu terlebih dahulu kemudian mop lantai.Hasilnya lantai rumah anda akan kelihatan berkilat dan wangian akan kekal lama.
Tip yang saya kongsikan kali ini amat mudah,harap dapat membantu anda semua di rumah.Pasti hidup anda sekeluarga lebih damai dan nyaman kerana rumah sentiasa menghirup udara segar.
Selamat mencuba!




