Kadang kala dikenali sebagai bidai luar. Bidai kayu membantu untuk mencipta ruang outdoor yang selesa dengan memberikan privasi dan shade kepada ruang rumah. Tambahan pula, ianya menambah keunikan kepada rumah dan dapat menikmati ruang rumah yang kerana bidai ini mampu menghalang cahaya matahari yang terik. Jenis jenis bidai seperti ini masih dijual di pasaran dalam banyak jenis, style dan warna.
Banyak kelebihan yang kami ingin kongsikan kepada anda tentang cara cara untuk memilih bidai outdoor yang baik dan berkualiti. Terus kan membaca tau… banyak info-info menarik dalam pemilihan bidai outdoor ni.
- Bidai outdoor memaksimumkan ruang
Zaman kini, rumah dan bangunan komersial semakin mengecil. Bidai outdoor dapat membantu untuk memaksimumkan ruang outdoor anda dengan memasang bidai outdoor di ruangan beranda supaya dapat memberikan banyak ruang kepada rumah anda untuk kegunaan anda.
- Melindungi daripada cuaca hujan dan panas
Bidai outdoor yang berkualiti tinggi boleh melindungi daripada angin, hujan dan panas. Di Malaysia cuaca sangat panas sehingga boleh masuk ke dalam rumah menyebabkan kita tidak selesa kerana ruangan yang sangat panas. Maka penggunaan bidai outdoor untuk menghalang cahaya matahari merupakan salah satu kelebihannya.
- Boleh mengeringkan baju di luar rumah
Sewaktu musim hujan, kita semestinya tidak boleh mengeringkan baju di balkoni kerana tempias air hujan. Tetapi, dengan adanya bidai outdoor ini anda boleh menurunkan bidai ini sewaktu musim hujan kerana bidai ini mampu menghalang tempias hujan tau. Hebat betul penangan bidai outdoor ni.
- Meningkatkan privasi
Bidai outdoor ini menjaga privasi anda ketika anda berada di rumah. Anda akan berasa selesa kerana privasi anda terjaga daripada jiran jiran lain dengan menggunakan bidai outdoor sahaja.
- Versatile
Apa jua style, ruang, saiz dan warna yang anda inginkan, kami ada banyak variasi bidai outdoor yang dapat memenuhi citarasa anda. boleh juga dipadankan dengan dekorasi ruang rumah anda untuk mewujudkan suasana tenang dan cantik walaupun bidai outdoor ini diletakkan di luar rumah.
Banyak kan kelebihan dia? Sis pun terkejut sebab ramai sangat customer kami berkenan dengan bidai outdoor ini. Selepas mendapatkan feedback dari mereka, semua nya berikan feedback bagus bagus kerana bidai outdoor dari kami menggunakan material yang berkualiti tinggi dan sangat tahan walaupun bertahun tahun.






