Loading...

RUMAH BERTUKAR MEWAH DENGAN HANYA 4 SENTUHAN

Tugas mendekorasi rumah memang mencabar, apatah lagi jika ruang kediaman terhad. Sebenarnya uolls tak perlu berbelanja mahal pun untuk buat rumah kelihatan mewah. Yang paling penting kreatif dan pandai mengemas.

Hmmm… jadi bagaimana cara supaya rumah yang sempit nampak luas dan mewah? Baiklah. Panduan berikut ini mungkin boleh membantu anda memiliki dekorasi rumah idaman.

  1. Dinding menggunakan warna 1 tona sahaja iaitu warna kelabu lembut

Kelabu adalah di tengah antara putih dan hitam.Jadi reka bentuk dinding dengan menggunakan warna kelabu akan membuatkan ruang rumah uolls kelihatan sangat bergaya, elegan dan unik apabila digabungkan dengan warna yang sepadan kerana ton warna ini akan membuatkan ruang tampak redup tetapi luas.

2. Pemakaian bidai

Selain rumah tamu nampak lebih kemas & teratur,dengan pemakaian bidai di rumah juga,ia boleh menukarkan suasana ruang kelihatan mewah & eksklusif.Antara bidai yang sesuai dipasang di ruang tamu rumah ialah bidai zebra,bidai roller dan bidai wooden.

Banyak juga tau manfaat yang uolls akan dapat bila pakai bidai,selain tidak memerangkap habuk,ia juga dapat meringgankan kerja untuk membersih,hanya perlu lap,sekelip mata habuk pun hilang!

3. Tambah PVC ceiling pada ruang dapur

Bagi ruang dapur pula,Siling Polivinil Klorida atau sering dipanggil siling PVC mempunyai banyak kelebihan yang berbeza berbanding bahan- bahan plastik yang lain.

Jadi pemilihan siling PVC adalah pilihan yang tepat kerana siling PVC ini tahan lama,kukuh dan dapat juga menambah element mewah pada ruang tersebut dalam kadar yang minima.

4.Menggunakan permaidani dengan gabungan warna dan corak abstrak yang lembut

Permaidani bercorak sangat sesuai untuk menambat bilik dan menghubungkan semua kepingan reka bentuk yang berbeza, terutama ketika berhadapan dengan warna sederhana dan neutral dan kemasan semula jadi. Ia dapat menjadikan ruang rumah uolls tampak luas dan elegan.

Semoga tips hiasan dalaman rumah kecil tampil mewah dikongsikan ini dapat memberi inspirasi dan membantu uolls dalam menghias rumah.Selamat mencuba!