Dalam masa kita memilih bidai yang sesuai dengan keadaan rumah kita, kita mestilah menitikberatkan beberapa faktor supaya bidai terletak dengan baik di dalam sesebuah ruang. Memilih bidai yang bagus dapat membuatkan ruang anda lebih tertutup dan dapat menjaga privasi anda.
Di dalam blog kalini, saya akan ulaskan beberapa kelebihan menggunakan bidai wooden untuk ruang rumah. Semestinya bidai wooden sangat la digemari oleh pelanggan kami walaupun sudah lama di pasaran tapi rekaan nya tidak akan di telan zaman.
Terdapat beberapa kelebihan bidai wooden iaitu:
- Mudah diselenggara
Bidai wooden memerlukan sedikit penyelenggaraan sahaja untuk memastikan bidai kekal cantik dan masih berfungi. Kita boleh membersihkan bidai wooden dengan bulu ayam untuk memastikan bidai sentiasa bersih dan bebas habuk
- Warna yang Natural
Bidai wooden mempunyai pilihan warna yang sangat natural yang mampu dipadankan dengan kesemua ruang rumah dan pelbagai warna dinding. Warna warna bidai wooden juga hanya terdiri daripada warna kayu sahaja. Sangat mudah untuk dipadankan dengan banyak warna.
Warna yang klasik dan elegan sangat sesuai untuk rumah zaman sekarang yang mengamalkan konsep minimalist.
- Privasi

Walaupun terdapat banyak jenis bidai, tetapi bidai wooden mempunyai tahap privasi yang sangat tinggi iaitu ia mampu menjaga privasi kita di dalam rumah. Quality bidai wooden ni sangat ideal untuk bilik kerana mahu memaksimumkan privasi dan juga banyak ruang lain.
- Halang cahaya
Selain privasi, bidai wooden juga mampu menghalang cahaya daripada terus masuk ke dalam ruang rumah. Ini juga sebagai satu pilihan untuk membenarkan cahaya masuk dengan banyak atau tidak. Ramai pelanggan kami sangat bergantng kepada bidai wooden ini untuk mengawal kemasukan cahaya matahari ke dalam ruang.
- Banyak pilihan warna
Bidai wooden juga mempunyai banyak pilhan warna yang anda boleh pilih. Warna warna kayu yang sangat natural dan mudah dipadankan dengan pelbagai warna dinding.
Banyak betul kelebihan bidai wooden ni kann… tak semestinya bidai wooden ni takde kelebihannya. Bidai wooden ni sangat bagus dan sangat klasik kerana menggunakan warna warna natural dan juga finishing yang cantik membuatkan bidai itu kekal selama bertahun tahun.



