Loading...

WUJUDKAN SUASANA BARU DI DAPUR

Mewujudkan suasana yang selesa di dapur amatlah penting bagi memastikan segala aktiviti memasak dapat dilakukan dalam keadaan yang tenang & gembira.

Jadi peranan untuk mendekorasi dapur amatlah penting.Tapi bagaimana cara permulaan yang perlu anda lakukan untuk mewujudkan suasana dapur nampak baru,dalam masa yang sama nampak lawa & selesa?

Jom kita baca 5 tips di bawah untuk dapur anda nampak lebih menarik lepas ini.

1. Memasang bidai

Pemasangan bidai adalah salah satu elemen yang menjadi pilihan pengguna kini sebagai melengkapi dekorasi rumah mereka,jadi tidak salah untuk anda pasang bidai di area dapur anda.Antara bidai yang sesuai di bahagian dapur adalah aluminium,roller,zebra dan wooden.

Tidak pasti yang mana sesuai untuk ruang dapur anda,jangan risau,kami di team bidaion9 boleh bantu anda.

2.Tukar gaya sinki

Untuk konsep hiasan dalaman moden, bentuk sinki yang berbeza dari yang biasa akan memberikan impak yang sangat berbeza iaitu ruang dapur nampak lebih berseri dan menawan.

Untuk tambahan,anda boleh juga serikan ia dengan beberapa pasu pepohon seperti kaktus atau bonzai. Pasti nampak lebih segar dan bergaya!

3.Tukar gaya pemegang laci

Selain itu, anda boleh juga menukar jenis pemegang yang lebih lebar supaya senang untuk anda pengambil barang.Bagi pemilihan warnanya, anda boleh cuba untuk cari warna yang sesuai untuk dipadankan dengan warna kabinet anda.

Sekaligus, ia bukan sahaja mencantikan keadaan dapur malah diterap dengan gaya personaliti diri!

4.Peranan cahaya

Tahukah anda,ruang dapur juga memerlukan pencahayaan yang cantik dan bernas. Ini untuk memastikan ruang dapur tidak kelihatan gelap yang akan membuatkan ia nampak sempit.


Wujudkan suatu kelainan dengan meletakkan lampu meja atau lampu dinding dengan reka bentuk menarik di beberapa sudut dapur. Ia pasti nampak berkelas!

5. Permilihan warna cat

Permilihan warna dinding di dapur juga tiak kurang pentingnya.Jika anda cukup bijak dan kreatif, anda boleh buat padanan warna antara kabinet dan perabot yang ada di dapur.

Selain itu,untuk ruang dapur yang agak kecil,permilihan warna yang cerah amatlah sesuai kerana dapt memberi kesan yang luas.

Bagaimana dengan kelima-lima tips yang telah saya berikan,jangan tak cuba tau! Pasti lepasni anda lebih syok nak masuk dapur memasak untuk seisi keluarga anda!