Loading...

TIPS MENDEKORASI BILIK AIR DENGAN MODEN DAN MINIMALIS

Dekorasi ruang tamu,dapur & bilik tidur semua dah okay,tapi bagi di ruang bilik air masih tetap sama.Mungkin kini telah tiba masanya untuk uolls mendekorasi ruang bilik air untuk menjadi lebih lawa & cantik.

Di sini saya akan kongsikan sedikit panduan yang mungkin dapat membantu uolls untuk memberi sedikit sentuhan pada bilik air supaya tampil lebih menarik dan kelihatan praktikal.

1. Pengurangan penggunaan rak

Kehadiran rak yang banyak di ruang bilik air yang sempit sebenarnya boleh mengganggu pemandangan. Apatah lagi daripada jenis terbuka yang jelas menampakkan segala koleksi keperluan mandian tergantung di setiap penjuru dinding itu.

Jalan penyelesaiannya ialah uolls boleh meletakkan hanya satu rak daripada jenis tertutup dan berpintu. Ini bagi menjimatkan ruang dan menyimpan segala keperluan mandian yang sememangnya bukan untuk dipamerkan.

2. Pemilihan lampu

Oleh disebabkan kebanyakan bilik air kita hanya ada satu sumber pencahayaan dan ini menjadi antara punca bilik itu kelihatan kecil.

Permilihan lampu yang jenis neon atau LED dapat memberikan suasana yang berbeza. Ini kerana pencahayaan lebih daripada satu punca sangat membantu dalam mencipta ruang bilik air lebih luas.

3. Warna dinding

Elakkan dari menggunakan warna gelap seperti hitam, kelabu gelap atau coklat gelap jika uolls ada bilik air yang kecil dan sempit.

Bertukar kepada warna yang terang kerana ia dapat membantu ruang yang sempit kelihatan lebih luas. Jadi permilihan warna seperti biru terang, putih dan krim sesuai untuk ruang bilik air yang sempit.

4. Permilihan lantai

Pastikan juga untuk memilih jubin berwarna lebih cerah dan terang. Tidak perlu takut jika ia mudah kelihatan kotor, sebaliknya ia dapat membantu menjadikan bilik itu lebih besar dan jangan pula malas untuk mencuci bilik air.

Di samping itu,cucian yang kerap pada bilik air boleh membuatkan ia sentiasa bersih daripada kuman dan kotoron.

5. Sinki dan magkuk tandas

Permerhatian yang penting dalam pemilihan sinki dan mangkuk tandas juga diperlu. Kini uolls tak perlu risau dah kerana ada pelbagai saiz sinki dan mangkuk tandas di pasaran yang boleh dipilih mengikut citarasa.

Jika kamar mandi anda sempit dan memerlukan lebih ruang, jangan kedekut mengeluarkan sedikit perbelanjaan untuk mendapatkan sinki serta mangkuk tandas lebih kecil atau sesuai buat ruang bilik air sempit.

Semoga dengan sedikit panduan ini dapat membantu uolls menghasilkan bilik air yang lebih luas dan selesa untuk kegunaan seisi keluarga.Semoga berjaya!