Tahukah anda pemilihan bidai di dapur adalah amat digalakkan,selain disebabkan penggunaan bidai kian popular untuk dijadikan alternatif selain langsir.
Ia juga kerana ruang dapur berfungsi sebagai ruang melakukan aktiviti mencuci, memasak dan menyediakan makanan. Jadi kecenderungan untuk kotor atau berminyak itu tinggi.
Jadi nak tahu nak kelebihan bidai untuk ruang dapur uolls,jom baca kelebihannya dibawah:
1.Tidak menggunakan material yang tebal
Pemilihan material yang tebal akan lebih mudah dan cepat memerangkap kelembapan dan membuat kawasan dapur berbau hapak dan busuk.
2. Pencahayaan semulajadi yang banyak
Ruang dapur memerlukan pencahayaan yang lebih, oleh itu gunakan bidai aluminium,bidai zebra & roller jenis suncreen amat sesuai.
3.Pengudaraan yang baik
Penggunaan kain bidai yang ringan atau nipis mampu memberi pengudaraan baik untuk dapur anda. Jadi, bau-bau masakan akan mudah keluar melalui tingkap.
4.Jenis material yang sesuai
Untuk dapur bahagian basah, anda digalakkan untuk memilih material kain bidai jenis lace, nylon atau kapas. Selain mudah dibuang habuk, kotoran yang terperangkap juga mudah dicuci.
5.Ketahanan
Penggunaan bidai adalah tahan lama dan mudah dijaga tapi pastikan anda memilih material yang betul. Disaran menggunakan bidai jenis metal atau kayu supaya senang dibersihkan dan diselenggara.
Ini saja perkongsian saya kali ini,harap ia dapat mebantu sedikit sebanyak kepada uolls tentang kelebihan memiliki bidai di dapur anda.
Untuk sebarang pertanyaan boleh whatsapp dengan kami iaitu team Bidai On9 di http://www.wasap.my/601162316392/sayanakdibantu !





